Agong Nasihat Ahli Politik Supaya Bermuhasabah

Susulan perkembangan politik negara yang tidak menetu sejak kebelakangan itu, Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menasihati ahli-ahli politik untuk bermuhasabah diri.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan juga menyebut bahawa kesemua ahli-ahli politik perlu mengutamakan kepentingan rakyat di kala berdepan dengan pandemik Covid-19.

Menyentuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Baginda juga menitahkan agar kesemua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon ihsan Allah agar penularan wabak Covid-19 dapat dibanteras segera.

Titah Al-Sultan Abdullah itu berikutan penguatkuasaaan PKPB di seluruh Sabah, Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya sekarang serta kewujudan beberapa kluster baharu di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Labuan.

Dalam masa yang sama Seri Paduka menasihatkan orang ramai untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan amalan kebiasaan baru supaya peningkatankes jangkitan Covid-19 dapat dikurangkan.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...