Agong Gering Susulan Kesakitan Musculoskeletal – Istana Negera

KUALA LUMPUR, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini gering susulan kesakitan musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul.

Istana Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan Seri Paduka Baginda telah dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.

Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing serta Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara, semalam.

Majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung semalam turut ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Menurut kenyataan itu, Seri Paduka Baginda bertitah akan kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik kesihatan Baginda beransur pulih.

BBerkaitan

Latest articles