Agong Berkenan Terima Menghadap Anwar, PM Bentang Hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

KUALA LUMPUR3 Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Dalam sesi mengadap tersebut, Anwar mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di ibu negara minggu lalu.

Sidang kemuncak berkenaan disifatkan sebagai lambang perpaduan dan identiti bersama negara-negara Asia Tenggara, selain menjadi platform penting memperkukuh hubungan serantau.

Menurut Anwar, sepanjang tiga hari persidangan itu, para pemimpin ASEAN mencapai pelbagai pencapaian signifikan termasuk penerimaan rasmi Timor-Leste sebagai Negara Anggota ke-11 ASEAN, di samping pengukuhan kerjasama strategik dan ekonomi ke arah pembangunan mampan.

Perdana Menteri turut menegaskan komitmen Malaysia untuk terus menjadi peneraju dalam memperkukuh dialog, memperjuang keamanan serta menjunjung semangat keterangkuman dan kesejahteraan rantau ini.

BBerkaitan

Latest articles