Agong Bakal Adakan rundingan Dengan Raja-Raja Melayu

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima sembah taklimat Perdana Menteri berhubung cadangan-cadangan yang telah dicapai Mesyuarat Khas Jemaah Menteri semalam.

Susulan itu, baginda akan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak COVID-19.

“Malah, Seri Paduka Baginda turut amat prihatin terhadap kegelisahan dan kegusaran rakyat ekoran daripada perkembangan terkini ini.

“Oleh hal yang demikian dan susulan daripada sesi menghadap semalam, Al-Sultan Abdullah telah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang telah dikemukakan,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menerima menghadap Muhyiddin di Istana Abdul Aziz, Kuantan pada jam 5 petang semalam.

Sesi menghadap tersebut dimohon Perdana Menteri susulan daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang dipengerusikan beliau di Putrajaya pada pagi semalam.

“Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang satu setengah jam ini, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menerima sembah taklimat cadangan-cadangan yang telah dicapai oleh Mesyuarat Khas Jemaah Menteri tersebut untuk pertimbangan dan ampun perkenan Seri Paduka Baginda untuk pelaksanaannya,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Remaja 15 Tahun Jadi Mangsa Rogol Enam ‘Rider’ Makanan

Enam suspek lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan kerana disyaki  merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya, dalam kejadian...

Mungkin Tiada Lagi UPSR Buat Selama-lamanya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan perbincangan untuk memansuhkan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) kini berada dalam peringkat akhir. Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata...

Boleh Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini

Bermula Isnin ini, kerajaan mula membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Menteri...

Bersatu Kesal Dalam Isu MB Perak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada semalam yang menyaksikan Menteri...

Peniaga Di Plaza Low Yat Bergaduh Berebut Pelanggan

Seramai 42 ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan di luar Plaza Low Yat, di Jalan Imbi, petang semalam, dipercayai akibat berebut pelanggan Ketua...