Agenda Serang Peribadi Tak Akan Menangkan Warisan – Musa Aman

Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menggesa penyandangnya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk berhenti menggunakan dirinya sebagai objek serangan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Apatah lagi di kala beliau tidak lagi bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuya yang dimenanginya belasan tahun lalu.

“Serangan bertali arus terhadap ‘Musa Aman’ tidak akan membantu Shafie dan Warisan mencapai agenda ini.

“Kita melihat banyak video dan papan iklan memaparkan wajah Shafie dengan cogan kata ‘membina negara’, ‘marilah kita bersama membina satu negara, tanpa mengira bangsa dan agama’ dan ‘perpaduan’, tetapi ucapan kempennya dipenuhi dengan ‘hentam Musa Aman!’

“Saya memahami perlunya beliau membuat ucapan politik yang berapi-api sepanjang berkempen, namun adalah memalukan bagi seorang pemimpin negeri berulang kali menyebarkan pembohongan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang individu yang bercita-cita menjadi perdana menteri,” katanya pada satu kenyataan, semalam.

Mengulas mengenai saman yang dikemukakan olehnya terhadap Shafie berhubung pemberian kontrak Yayasan Sabah, Musa sekali lagi menafikan dan mengingatkan Presiden Warisan itu untuk fokus terhadap agenda meningkytakan kemudahan, ekonomi, peluang pekerjaan dan perniagaan terhadap rakyat Sabah.

“Nasihat saya kepada Shafie ialah daripada terlalu memberi fokus kepada saya, dia sepatutnya memberitahu rakyat mengapa Warisan perlu menerajui Sabah dan mengapa dia patut dipilih untuk mengetuai kerajaan,” tegasnya.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Lebih 1 Juta Rakyat Sabah Memilih Hari Ini

  Hari ini merupakan penentuan kepada pilihan rakyat Sabah untuk siapakah yang layak mentadbir mereka untuk memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri. Pergolakan politik sejak...

YDPA Tak Terima Mengadap Selama Seminggu

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun...

Bersatu: Cukup Penafian MP Umno, Tak Perlu Penjelasan Zahid

Bersatu tidak berhasrat mendapatkan penjelasan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaannya bahawa ramai ahli parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausahanya,...

Jawapan UMNO Kepada PAS Akan Diberikan Minggu Depan

Parti UMNO akan menjawab persoalan parti PAS minggu depan tentang kenyataan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyebut ada dalam kalangan Ahli...

Vivy Yusof Failkan Saman Ke Atas Netizen Kerana Dikatakan Memfitnah

Pengasas Fashion Valet dan dUCK Group, Datin Vivy Yusof hari ini memfailkan saman terhadap seorang netizen kerana dipercayai memfitnah beliau menerusi media sosial tentang...