Aedee Technologies Perkenal Program Pencinta Rim, Tawar 3 Set Rim Dalam 1 harga

KUALA LUMPUR – Aedee Technologies Sdn Bhd dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan, koperasi, dan institusi perbankan telah mengadakan satu majlis pelancaran “program pencinta rim (ppr)” hari ini.

Menurut Pengarah Urusan Aedee Technologies Sdn Bhd, Ms. Jun Pan, Program Pencinta Rim (PPR) yang diperkenalkan oleh Aedee Technologies Sdn Bhd ini adalah satu program untuk merealisasikan hobi atau minat anak muda secara amnya untuk memiliki sport rim idaman mereka tanpa rasa terbeban.

“ Harga yang ditawarkan amat mampu milik dan kepada mereka yang mengikuti program ini akan mendapat tiga (3) set sport rim yang berkualiti tinggi hanya dengan satu harga.

“ Pembayaran termasuk tiga (3) kali pertukaran dan pengimbangan tayar (balancing) secara percuma di panel yang berdaftar dengan syarikat kami.

Menurut Jun lagi, mereka juga sedang merangka satu “PROGRAM PENCINTA RIM (PPR) -JOM BALIK KAMPUNG” sempena musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Mereka yang berminat boleh terus menghubungi pegawai kami untuk tempahan slot dan pemasangan akan dilakukan pada bulan Mac 2022 katanya di dalam sidang media di hotel royal Chulan hari ini.

Pakej yang ditawarkan Aedee Technologies kepada para pengguna

Menurut Jun lagi, Syarikat mereka kini menyasarkan seramai 20,000 ahli koperasi dan 200,000 orang awam untuk merebut peluang untuk menempah slot “Program Pencinta Rim (PPR) JomBalik Kampung” di seluruh Malaysia termasuk Sabah / Sarawak.

Di dalam majlis ini juga, Jun turut mengumumkan 1,000 pendaftaran terawal layak untuk menyertai program cabutan bertuah dan berpeluang untuk memilki tambahan satu (1) set sport rim secara percuma.

Selaras dengan cogankata “KELUARGA MALAYSIA” jadi kami berhasrat untuk membantu membantu masyarakat merialisasikan impian dan cita-cita mereka untuk memiliki sport rim idaman mereka katanya.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai program ini, ianya boleh di layari di laman web syarikat aedeetech di https://www.aedeetech.com/ProductList.aspx

MR Andy Liew, Penasihat bagi syarikat Aedee ketika sidang media pelancaran program Pencinta rim ( PPR) hari ini
MS Jun Fan, Pengarah Urusan Aedee technology ketika sidang media pelancaran program Pencinta rim ( PPR) hari ini
Antara rim sukan yang dipamerkan Aedee technology ketika sidang media pelancaran program Pencinta rim ( PPR) hari ini
Antara rim sukan yang dipamerkan Aedee technology ketika sidang media pelancaran program Pencinta rim ( PPR) hari ini
Antara rim sukan yang dipamerkan Aedee technology ketika sidang media pelancaran program Pencinta rim ( PPR) hari ini

BBerkaitan

Latest articles