ADUN Ketari Serah Pada Polis, Pendakwa Raya Untuk Tindakan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari daripada DAP, Young Syefura Othman menyerahkan sepenuhnya kepada polis dan pendakwa raya untuk menentukan tindakan yang akan diambil ke atasnya.

Beliau memberitahu telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang berkenaan isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) malam tadi.

Turut menemani beliau adalah peguamnya, Syahredzan Johan.

“Keterangan saya dirakam dan saya memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

“Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan pendakwa raya dalam menentukan tindakan yang akan diambil terhadap saya.

“Saya berharap apa-apa tindakan yang akan diambil adalah adil dan saksama, dan tanpa layanan berbeza walaupun saya seorang wakil rakyat.

“Saya kesal dan sekali lagi memohon maaf di atas apa yang berlaku,” katanya.

Dalam beberapa gambar yang dimuatnaik di laman sosialnya, Young Syefura dipercayai bercuti bersama rakan-rakannya di Avani Sepang Gold Resort, Bagan Lalang, sehingga mengundang kecaman kerana tidak mematuhi SOP.

Mereka dilihat tidak mematuhi penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,912FollowersFollow
21,400SubscribersSubscribe

Terkini