Adun Jeneri Angkat Sumpah Petang Ini

Sah, Adun Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dari PAS akan mengangkat sumpah menteri besar Kedah ke-14 pada 2 petang hari ini.

Ia susulan peletakan jawatan Adun Jitra, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah hari ini.

Baca :- MUKHRIZ MAHATHIR LETAK JAWATAN MENTERI BESAR KEDAH BUAT KALI KEDUA

Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Ammar Shaikh Mahmood Naim pada sidang media tadi.

 

Ammar berkata Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin mendapati Mukhriz hilang sokongan majoriti selepas menemubual 36 ahli Dewan Undangan Negeri pada Jumaat.

Sanusi akan mengangkat sumpah di pejabat Sultan Kedah di Wisma Darul Aman 2 petang ini.

Baca :- BENARKAH PKR KEDAH SEDANG BERGOLAK ? 

Baca :- SELEPAS ADUN PKR LETAK JAWATAN, TULAR SURAT SOKONGAN PENGERUSI PKR MENGENAI CALON MB DARI PAS

Mukhriz sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta merta selepas tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

Untuk rekod, ini kali kedua Timbalan Presiden Bersatu itu meletakan jawatan selepas hilang sokongan majoriti pada 2016.

BBerkaitan

Latest articles