KUALA SELANGOR – Adun Bukit Melawati, Datuk Noorazley Yahya mengesahkan menerima notis kebangrapan seperti yang tular di dalam media sosial.
Beliau bagaimanapun berkata telahpun menjelaskan hutang berkenaan
Ketika diminta mengulas lanjut perkara berkenaan, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan selepas tamat pilihanraya di Kuala Kubu Baharu.
“Saya telah menjelaskannya”
” Saya sedang sibuk pilihanraya, saya akan jelaskan isnin nanti, selepas tamat pilihanraya ” katanya ketika dihubungi The Rakyat Insight.
Sebelum ini kami melaporkan mengenai kebangkrapan seorang individu yang dipercayai Seorang Adun Di Selangor.
Melalui keratan notis bangkrap bertarikh 26 Mac 2024 yang dikeluarkan terhadap individu berkenaan di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam oleh SMEB Asset management Sdn Bhd.
Melalui notis berkenaan, ianya menyatakan bahawa Notis Kebankrapan tersebut diserahkan kepadanya secara penyampaian ganti dengan penampalan sesalinan Perintah Penyampaian Ganti beserta sesalinan notis Kebankrapan tersebut di papan notis Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam dan 3 premis yang beralamat di Shah Alam, Bukit jelutong dan Kuala Selangor.
Untuk rekod pada Pilihanraya Negeri Julai tahun lepas kerusi DUN Bukit Melawati ditandingi calon dari PH, Thiban Subramaniam dan calon PN, Noorazley Yahya.
Noorazley kemudiannya menang selepas menerima 14,672 undi menewaskan calon PKR, yang menerima 13,795 undi.
Noorazley kemudiannya diumumkan sebegai pemenang kerusi DUN berkenaan dengan dengan majoriti 877 undi.