ADUN Ayer Kuning Meninggal Selepas Rebah Ketika Bersalaman Dengan Pemain Bola

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negeri Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin meninggal dunia petang tadi, selepas dilaporkan pengsan dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad memaklumkan, ahli politik berusia 59 tahun itu dilaporkan pengsan dan tidak sedarkan diri jam 5.20 petang.

Jelasnya, kejadian itu berlaku ketika allahyarham sedang bersalaman dengan pemain lain di tepi padang sempena Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di stadium tersebut.

“Selepas bantuan kecemasan diberikan di tepi padang, mangsa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 5.40 petang.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan HPP jam 6.28 petang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Difahamkan, jenazah allahyarham masih ditempatkan di unit kecemasan sementara menunggu kedatangan isteri serta anaknya yang dikatakan kini dalam perjalanan ke HPP.

BBerkaitan

Latest articles