Adakah MP PAS Akan Letak Jawatan Jika Dakwaan Dana Perjudian Benar?

KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang tampil mempersoalkan tindakan kesemua 46 ahli Parlimen PAS akan meletakkan jawatan jika dakwaam Perikatan Nasional (PN) mendapat dana daripada syarikat judi ternyata benar.

Menurut veteran DAP itu, tindakan meletak jawatan itu boleh dikira sebagai protes sekiranya kejayaan pemilihan mereka sebagai wakil rakyat telah dibiayai melalui syarikat perjudian, satu perkara yang bercanggah dengan perjuangan parti Islam itu.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyiratkan yang dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas.

“Adakah mana-mana dari 46 orang ahli Parlimen Pas akan meletakkan jawatan sebagai tanda protes jika pemilihan mereka ke Parlimen dibiayai sumber berkenaan perjudian?” tanya beliau.

Dalam pada itu Kit Siang memaklumkan beliau bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri untuk mengurangkan semula jumlah cabutan daripada 22 kali setahun kepada lapan kali sahaja.

“Memang mengejutkan apabila kerajaan PN sebelum ini yang dipimpin oleh Bersatu dan PAS telah meningkatkan kekerapan cabutan khas, dari lapan kali setahun ke 22 kali setahun – satu keputusan yang dibuat pada penghujung tahun 2020.

“Saya mengalu-alukan keputusan Anwar sebagai Menteri Kewangan untuk mengurangkan jumlah cabutan khas kepada lapan kali setahun ini bermula Januari depan,” katanya.

Semalam dalam sidang media Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Bagaimanapun pemimpin tertinggi PAS menafikan dakwaan itu dan meminta Anwar supaya memberikan bukti terhadap tuduhan tersebut.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyanggah dakwaan itu sambil menambah, PN sedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya Anwar gagal mengemukakan bukti terhadap tuduhan berkenaan.

Latest articles

Related articles

spot_img