Adakah Konvensyen DAP Perak ‘Lebih’ Patuh SOP Berbanding Isu Khairuddin?

Sikap membisu pemimpin atasan DAP dengan insiden kekecohan di konvensyen parti itu hujung minggu lalu jelas menunjukkan ia mengamalkan sikap pilih bulu.

Ahli Majlis Tertinggi MIC Pusat, Veeran Muniandy menyelar sikap pimpinan DAP yang berterusan mendiamkan diri, selain menegaskan parti itu hanya pandai mengkritik tetapi bukan mahu memohon maaf.

Sedangkan sebelum ini, DAP paling lantang mempersoalkan kerajaan berhubung melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak COVID-19 terutamanya dalam kalangan menterinya sebelum ini.

Sebagai contoh, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mengkritik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali dalam isu kuarantin sejurus selepas lawatannya ke Turki.

Namun mengapa kritikan yang serupa tidak diberikan terhadap insiden di Konvensyen DAP Perak ke-19 yang didakwa tidak mengikut SOP malah kehadiran delegasi pada hari itu 1,500 ahli malah penganjur juga dikatakan tidak memohon permit.

“Kita boleh terima alasan penganjur kononnya itu majlis tertutup dengan kapasiti dewan berkenaan lebih 4,000 orang walhal kehadiran ahli DAP hanya 1,500 dan telah mematuhi SOP.

“Tetapi kita juga ditonjolkan dengan insiden seperti tarik menarik, berpegangan, tidak ada penjarakan sosial malah ada yang tidak pakai pelitup muka ketika berlakunya kekecohan ketika proses undian pemilihan 15 ahli Jawatankuasa. Gambar pun ada sebagai bukti.

“Soalnya sekarang kenapa tidak pemimpin yang lantang bercakap ini tampil menegur insiden dalam kalangan parti mereka sendiri? Mengapa jika ianya berlaku pada pihak lawan, mereka terkinja-kinja tapi membabitkan parti sendiri semua diam.

“Mengapa tidak jaguh hebat seperti Kit Siang, Teresa Kok atau Lim Guan Eng tampil membuat bising pula?” ujarnya.

Veeran berkata adalah tidak adil apabila

rakyat sendiri kini berdepan dengan krisis terpaksa membayar kompaun ribuan ringgit tapi DAP telah melanggar SOP secara terang-terangan.

Kata Veeran lagi, selama ini pemimpin DAP banyak tampil menentang sebarang aktiviti berpolitik ketika musim pandemik COVID-19 dan darurat tetapi lain pula jadinya dengan aktiviti parti itu sendiri.

“Jadi buat pemilihan sampai bergaduh sakan semata-mata rebut jawatan? Ahli parti sendiri dakwa wujudnya penyewelengan dalam pemilihan parti, ada pengundi hantu dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, Konvensyen Biasa DAP Perak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh kecoh Ahad lepas menjadi kecoh selepas berlakunya pergaduhan mulut antara dua kem bertanding merebut jawatan ahli jawatankuasa negeri itu.

BBerkaitan

Latest articles