Adakah Hasrat PBM Sertai BN Kerana Inginkan Kerusi Bertanding?

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu berhati-hati sebelum menerima Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebagai salah satu komponen baharu, demikian menurut Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil.

Beliau berpandangan tindakan menerima PBM secara mudah akan memberi kesan negatif terhadap hubungan BB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Malah berkemungkinan Presiden PBM, Larry Sng pasti akan bertanding di kerusi Parlimen di Sarawak atas tiket dan bendera BN.

Sehubungan itu Isham menyatakan rasa was-wasnya terhadap niat PBM untuk menyertai gabungan itu, sama ada untuk menyokong tanpa syarat atau semata-mata kerana kerusi.

“BN adalah rakan karib GPS. Oleh itu, pada hemat saya ia bukanlah idea yang baik untuk menerima mereka (PBM).

“Jika hasrat PBM untuk kerusi, saya termasuk akar umbi tidak boleh terima terutama kamu (wakil rakyat PBM) melompat parti dan bekas katak.

“Ini hanya pendapat saya. Apa-apa pun terima kasih kerana sokong BN dan saya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan yang bijak,” tulis beliau di Facebooknya,

Terdahulu Sng berkat, 12 bahagian PBM telah mencadangkan usul supaya parti itu menjadi komponen BN dan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Beliau berkata, usul itu dipersetujui oleh pemimpin tertinggi parti dan perbincangan lanjut akan diadakan dengan kepimpinan BN tidak lama lagi.

“Kami membuat keputusan ini kerana kami melihat PBM boleh menjadi parti berbilang kaum dalam gabungan BN untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi penting.

“Selain itu, memandangkan BN telah membuktikan dirinya sebagai kerajaan yang stabil pada masa lalu dan gabungan itu mempunyai pengalaman dalam mentadbir negara, keputusan PBM untuk menyertai BN adalah strategi yang tepat,” katanya.

Bagaimanapun, Sng mengakui perjalanan parti itu untuk diterima sebagai parti komponen BN masih jauh kerana mereka perlu melalui perbincangan lanjut dengan parti komponen dalam BN.

“Kami akan menyatakan hasrat untuk menyertai BN kepada pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles