Ada Yang Pernah Ditawar Pelbagai Jawatan, Tapi Rakan Komponen Tak Pernah Beri Peluang Pihak “Tebuk Atap”

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai komitmen rakan komponen Pakatan Harapan (PH) yang setia menyokong sehingga tertubuhnya Kerajaan Perpaduan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya berterusan menolak segala cubaan ‘tebuk atap’ yang dilakukan pembangkang dan genap setahun cubaan untuk meruntuhkan kerajaan berterusan.

“Pada peringkat awal memang pengalaman kerajaan terumbang-ambing kerana ada percubaan mengintai dan mendesak untuk mengulangi amalan tebuk atap tapi kesetiaan teruji.

”Ada yang ditawarkan macam-macam termasuklah jawatan Perdana Menteri dan banyak lagi.

“Tetapi rakan komponen ini setia dan hari ini rakan dalam pimpinan dan Jemaah Menteri memilih kerajaan yang inklusif dan mewakili semua kaum dan wilayah,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2023, malam tadi.

Katanya, tumpuan beliau bersama jemaah menteri adalah untuk memulihkan ekonomi melalui tatakelola yang baik dan dasar ekonomi yang meyakinkan.

“Berbeza dengan pelbagai telahan dan tohmahan, kesepakatan parti Kerajaan Perpaduan kini berlegar kepada persoalan tatanan negara; memperbaiki tatakelola dan keutamaan memulihkan ekonomi,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles