Ada Pihak Cadangkan Harga Durian Dikawal Supaya Penjual Lebih Bertanggungjawab

Mesti anda ada masa berasa tertipu apabila membeli durian selepas membayar harga yang mahal untuk sebiji atau sekilogram tetapi rasanya tidak sedap, tidak manis malahan ada ulas durian yang sudah busuk.’

Ada juga durian yang mengkal, busuk malahan isi tidak mempunyai warna tetapi anda telah pun membayarnya.

Memetik laporan Berita Harian Online, Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Leftenan Kolonel (B) Che Hassan Che Johan berkata kini sudah sampai masa untuk kerajaan campur tangan dan memperkenalkan harga siling buah durian jenis klon, mengikut gred.

“Sebagai contoh, harga buah durian jenis Musang King mempunyai gred A, B dan C, harga siling ditetapkan berdasarkan gred buah dan tindakan diambil kepada peniaga menjualnya lebih tinggi daripada harga yang telah ditetapkan,” katanya.

BACA JUGA – Jangan Bebankan Rakyat Dengan Harga Tiket Penerbangan Yang Mahal

Beliau mengulas laporan media sebelum ini, mengenai sikap segelintir peniaga durian yang menjual buah berkenaan, mengikut model kereta yang digunakan pembeli.

“Bukan semua orang mampu membeli durian, lebih-lebih lagi mereka mempunyai anak ramai.

“Sebagai contoh, apa perasaan seorang ayah kepada lima anak yang hanya mampu membeli sebiji dua buah durian tetapi apabila pulang ke rumah mendapati buah yang dibeli rosak atau isinya keras,” katanya dipetik laporan berkenaan.

Che Hassan berkata, alasan yang diberikan harga durian tidak boleh dikawal kerana ianya buah bermusim adalah tidak wajar lagi.

Beliau menasihati pengguna supaya membawa bekas ketika membeli buah durian agar mereka tidak mudah tertipu.

“Nasihat saya apabila beli buah durian, jangan bawa balik sekali dengan kulit, sebaliknya kupas durian dan letak isi dalam bekas terlebih dahulu,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini