Ada Laporan Virus Selsema Baharu Ditemui Di China, Ia Ada Potensi Jadi Wabak Pandemik

Timbul laporan semalam, bahawa para saintis di China dikatakan telah menemui satu virus baharu dan dia dikatakan ada potensi untuk menjadi pandemik iaitu ada kemungkinan ia akan merebak ke seluruh dunia jika tidak dikawal.

Ia susulan penemuan pada dua individu yang dilapor dijangkiti virus tersebut baru-baru ini.

Menurut Jurnal PNAS, virus yang diberi nama G4 EA H1N1 ini mirip selesema babi H1N1 yang pernah melanda dunia pada tahun 2009.

Setakat ini, vaksin influenza sedia ada tidak merangkumi virus G4 EA H1N1 dan manusia didapati tidak mempunyai kekebalan terhadapnya.

BACA JUGA – PH Didesak Bentang Pelan Pemulihan Ekonomi Akibat Koronavirus

“Adalah menjadi kebimbangan sekiranya jangkitan itu merebak dan meningkatkan risiko wabak.

“Tinjauan epidemiologi mendapati kedua-dua pesakit mempunyai jiran yang memelihara babi.

“Pada masa sama, virus G4 EA ini didapati boleh berjangkit daripada babi kepada manusia, menyebabkan jangkitan teruk dan kemungkinan membawa maut,” menurut jurnal itu.

Saintis berkata 10.4 peratus (35 daripada 338) pekerja di ladang babi itu telah diuji dan didapati mempunyai antibodi untuk virus tersebut.

“Jangkitan seperti ini meningkatkan kemungkinan adaptasi virus itu dalam kalangan manusia, dan menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan terjadinya pandemik,” kata para saintis.

Walaupun tidak diketahui tahap bahaya atau apakah ia boleh merebak seperti virus SARS-CoV-2 penyebab COVID-19, para penyelidik memberi amaran virus ini perlu diberi perhatian.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini