“Ada Dokumen Bersama Saya” -Anwar Balas Reaksi Takiyuddin Tentang Dana Perjudian

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan agar tidak gopoh dalam mengeluarkan kenyataan penafian berhubung dana perjudian yang dikaitkan dengan Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri menjelaskan bahawa berlaku pelanggaran dalam isu berkenaan.

“Saya nak nasihat (Datuk Seri) Takiyuddin jangan gopoh.

“Saya sekarang di Kementerian Kewangan dan ada dokumen bersama saya,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kewangan selepas memulakan tugas di hari pertama, pagi tadi.

Terdahulu Takiyuddin menepis kenyataan Anwar yang disifatkan sebagai fitnah selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu membayangkan kononnya dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian.

Sementara itu, Anwar berkata kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa wang itu adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta bank adalah sesuatu yang sudah terlambat.

“Saya nak beri peringatan kepada Muhyiddin jangan cabar kerana memang ternyata ada beberapa proses dan prosedur yang tidak dipatuhi dan beberapa syarikat berkepentingan atau terkait dengan keluarga juga terlibat.

“Bukan maksud saya, tapi saya nak tumpu perhatian untuk mengurus negara ini memacu pertumbuhan ekonomi dan memberikan kebajikan kepada rakyat.

“Sebaik sabar dan kita terpaksa melihat dan kalau boleh hentikan seperti mana RM7 bilion itu, dan mereka boleh war-warkah tidak bersih,” katanya lagi.

Semalam, Muhyiddin menyatakan kesediaannya untuk disiasat berhubung laporan polis dibuat beberapa pihak mendakwa beliau menyeleweng dana RM600 bilion.

Muhyiddin menjelaskan tidak mungkin beliau boleh menyeleweng dana tersebut kerana ia adalah wang individu dalam KWSP serta bank yang bukan di bawah kawalannya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,682FollowersFollow
20,500SubscribersSubscribe

Terkini