Ada Cawangan Gagal Adakan Mesyuarat Dikatakan Punca Bersatu Jasin Digantung

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) menggantung Bersatu Jasin berkuat kuasa Isnin lalu dipercayai berpunca ada cawangannya gagal mengadakan mesyuarat.

Setiausaha Agung Hamzah Zainudin memaklumkan perkara itu menerusi surat bertarikh 14 Okt kepada Ketua Bersatu Jasin Dr Yadzil Yaakub yang turut mengetuai parti di Melaka.

Susulan penggantungan itu, pengurusan dan pentadbiran Bersatu Jasin diambil alih oleh MPT, katanya dalam surat pemberitahuan terbabit

Bagaimanapun, surat itu tidak memaklumkan punca penggantungan.

Dalam pada itu, menurut sumber keputusan itu diambil selepas siasatan mendapati ada cawangan tidak mengadakan mesyuarat, berbeza dengan laporan bahagian kepada ibu pejabat.

“Ibu pejabat menerima aduan daripada ahli bahagian itu yang mendakwa ada cawangan tidak mengadakan mesyuarat seperti disyaratkan, tetapi dalam laporan dinyatakan ada (mesyuarat).

Jadi, perkara itu telah disiasat ibu pejabat Bersatu yang difahamkan menghubungi ahli daripada beberapa cawangan yang mengakui tiada mesyuarat dijalankan,
katanya.

Sumber itu turut memberitahu keadaan berkenaan mungkin menyebabkan Bersatu Jasin tidak boleh mengadakan pemilihan jawatankuasa dan mengundi pimpinan tertinggi pada pemilihan bulan depan.

Yadzil yang juga Adun Bemban dan ketua Perikatan Nasional (PN) akan mempertahankan kerusi itu

Sekarang bergantung kepada MPT untuk putuskannya sama ada mereka boleh mengundi atau tidak. Kesannya besar kerana ia membabitkan Yadzil sebagai ketua Bersatu Melaka, katanya.

BBerkaitan

Latest articles