Acryl Sani Bersara Sebagai KP Polis Awal Julai

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan akan menamatkan tugasnya pada awal Julai ini, lebih awal dari yang tarikh yang dijadualkan.

Berita Harian melaporkan bahawa Acryl Sani akan mengakhiri tugasnya pada minggu pertama bulan depan.

Mengikut kontrak, tanggungjawab Acryl Sani sebagai Ketua Polis Negara sepatutnya berakhir 3 Oktober ini.

Kekosongan jawatan itu kemudian bakal digalas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan beliau juga bakal menggalas tugas pasukan PDRM menghadapi pilihan raya Dewan Undangan Negeri di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu yang dijangkakan pada Julai atau Ogos ini.

Menurut Acryl Sani, perunduran awal disebabkan beliau menerima tawaran baharu.

“Ya benar, saya akan berundur dari pasukan PDRM pada minggu pertama Julai ini. Keputusan ini dibuat disebabkan ada tawaran di luar sana (luar pasukan PDRM) yang perlu saya terima pada masa ini,” katanya beliau malam tadi.

Acryl bagaimanapun tidak memberi butiran terperinci tentang tawaran yang diterimanya sebaik menamatkan tugas sebagai Ketua Polis Negara.

Sementara itu, berdasarkan maklumat sumber, Acryl bakal dilantik menerajui sebuah syarikat perbankan milik kerajaan dalam masa terdekat.

BBerkaitan

Latest articles