Accelution, CIDBH Meterai MoU, Sasar Lebih Banyak Syarikat Kontraktor Terima Sijil ISO

KUALA LUMPUR: Satu memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) melalui anak syarikatnya CIDB Holdings Sdn. Bhd. (CIDBH) dan Accelution Advisor Sdn. Bhd. (Accelution) telah dimeterai bagi menyasarkan lebih banyak syarikat konktraktor menerima pengiktirafan International Organization for Standardization (ISO).

Melalui MoU itu, Accelution diberi tanggungjawab sebagai syarikat perunding untuk memastikan syarikat kontraktor termasuk lesen G7 mematuhi piawaian tertentu dan diiktiraf oleh ISO.

Pengarah Urusan Accelution, Amirul Ashraf Hashim berkata pensijilan ISO daripada badan-badan yang diiktiraf amat penting memandangkan ia adalah piawaian yang digunapakai di peringkat antarabangsa.

“Kita mahu lebih banyak syarikat tempatan memiliki pengiktirafan sijil ini kerana ia mampu meningkatkan lagi kebolehpercayaan pelanggan selain mengesahkan kompetensi syarikat itu dalam aspek pengurusan dan pematuhan projek”.

“Buat masa ini hanya syarikat pembinaan di bawah lesen G7 yang berdaftar Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sahaja diwajibkan mempunyai sijil pengiktirafan ISO. Malah kerjasama ini turut meliputi bidang perundingan pengurusan fasiliti. Maka, kita mahu ia diperluaskan lagi dan dimanfaatkan sepenuhnya”, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Amirul berkata pemilihan Accelution diyakini mampu memangkin usaha ini berdasarkan kepakaran dalam bidang latihan, pematuhan, pensijilan ISO dan pengurusan fasiliti yang dimiliki sejak enam tahun lalu.

Menurut beliau, Accelution adalah satu-satunya syarikat yang menjalinkan Kerjasama dengan CIDBH dalam aspek Latihan pengurusan dan pematuhan piawaian selain Kerjasama jangka masa Panjang.

“Komitmen ini akan dilaksanakan dengan jitu bagi memastikan industri pembinaan negara mempunyai kualiti pengurusan yang tinggi.

“Melalui kerjasama ini juga, keunikan dapat dilihat daripada aspek kaedah yang digunakan oleh kami dalam menyelia syarikat-syarikat terbabit dengan kos paling efektif sehingga berjaya diberi pengiktirafan”, menurutnya.

Justeru, CIDBH sebagai koordinator menyeru agar syarikat-syarikat khususnya yang berdaftar dibawah CIDB merebut peluang ini bagi meningkatkan lagi kebolehpercayaan pelanggan terhadap kemampuan mereka dalam melaksanakan sesuatu projek.

 

BBerkaitan

Latest articles