Abu Sahid, Yap Bakal Berdepan Pertuduhan Baharu Berkait Projek RM314 Juta

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Pengerusi Eksekutif Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed, bersama bekas pengarah Mex II Sdn Bhd, Yap Wee Leong, bakal berdepan pertuduhan baharu berhubung dakwaan salah guna dana projek Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (Mex II) bernilai lebih RM314 juta.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib, memaklumkan Abu Sahid akan dituduh atas tujuh pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 403 Kanun Keseksaan, melibatkan jumlah RM145 juta.

Sementara itu, Yap dijangka didakwa atas 18 pertuduhan, iaitu sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 membabitkan dana RM209 juta, dan sembilan lagi bawah Seksyen 4(1)(b) Akta AMLATFPUAA 2001 bernilai RM387 juta.

“Pada prosiding hari ini, Abu Sahid dituduh dengan empat pertuduhan pecah amanah kira-kira RM313 juta serta 13 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM139.2 juta.

“Yap pula berdepan dakwaan menggunakan 17 dokumen tuntutan palsu (progress claim) antara Jun 2017 hingga April 2018, dengan nilai antara RM9 juta hingga RM28 juta setiap satu, menjadikan keseluruhan lebih RM314 juta,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahkamah menetapkan 3 November depan untuk sebutan semula kes kedua-dua tertuduh.

Sebelum ini, Abu Sahid, 74, dan Yap mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut ketika didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Dalam prosiding berasingan, isteri Abu Sahid, Noor Azrina Mohd Azmi, 48, turut berdepan pertuduhan menerima RM67.1 juta daripada hasil aktiviti haram berkaitan cadangan projek pembinaan lebuh raya itu.

BBerkaitan

Latest articles