Abdul Hadi Sedia Disiasat Berhubung Ucapan Kempen

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis jika diminta berbuat demikian.

Ia susulan ucapan di dalam sebuah ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Simpang Jeram, Johor, baru-baru ini.

Hal itu dimaklumkan Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman dengan memberitahu, pihaknya telah dihubungi Bukit Aman pagi tadi dan dalam reaksi segera, Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk memberi keterangan.

Syahir menambah, pihak Ahli Parlimen Marang itu sebelum ini telah memberikan keterangan kepada Bukit Aman, termasuklah menyerahkan telefon bimbit milik pengendali akaun Facebook rasmi beliau (Setiausaha Akhbar) kepada Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi membantu siasatan.

“Dalam hal ini, Tan Sri Tuan Guru menaruh kepercayaan penuh terhadap profesionalisme pihak PDRM dan SKMM dalam menjalankan tugas dan siasatan,” kata Syahir dalam hantaran di laman Facebooknya.

BBerkaitan

Latest articles