Abdul Hadi Dirawat Di IJN

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Institut Jantung Negara malam tadi bagi mendapatkan rawatan susulan selepas mengalami sesak nafas.

Terdahulu Ahli Parlimen Marang itu pada mulanya dimasukkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital Putrajaya.

Turut berada di hospital Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau kemudian dirujuk ke IJN pada pukul 9.25 malam untuk rawatan susulan.

Beberapa pemimpin politik turut berkongsi berita berkenaan Abdul Hadi dan mendoakan kesembuhannya.

Antaranya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Hamidi yang berkata, beliau telah menerima berita mengejutkan mengenai Abdul Haditelah dimasukkan Hospital Putrajaya malam ini sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut.

“Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada Tuan Guru dan kembali sihat seperti sedia kala,” katanya.