Abdul Hadi Dibenar Keluar Hospital

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan sudah dibenarkan keluar hospital.

Perkembangan itu dimaklumkan anaknya Yusuf Abdul Hadi dalam satu hantaran di Facebook.

“Alhamdulillah kesihatan ayahanda bertambah baik dan dibenarkan untuk keluar dari hospital pada hari ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh warga HSNZ yang memberikan khidmat terbaik dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan ayahanda Tuan Guru,” katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Abdul Hadi semakin stabil dan sudah dipindahkan ke wad biasa berbanding Unit Rawatan Koronari (CCU) sebelum ini.

Sebelum itu, anak sulung Abdul Hadi, Muhammad Khalil melalui laman Facebook memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital pada hari Khamis.

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, pernah dimasukkan ke Hospital Putrajaya dipercayai akibat sesak nafas pada Februari lalu sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara untuk rawatan lanjut.

BBerkaitan

Latest articles