Abd Latiff Nafi Dakwaan Rafizi Berkenaan Wanita Dikaitkan Sebagai Isteri

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Abd Latiff Ahmad hari ini menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri keduanya.

Kenyataan itu sebagai menjawab dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli kononnya Zainab merupakan isteri kedua Abd Latif yang mempunyai syarikat palsu yang terlibat dalam ketirisan dalam skandal projek kapal tempur pesisir (LCS).

Dakwa Rafizi, Abd Latiff ketika itu menjadi Timbalan Menteri Pertahanan dan bosnya adalah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan projek kapal tempur pesisir (LCS), saya menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya seperti mana yang dinyatakan dalam berita tersebut.

“Sebagai anggota Kabinet, saya bersedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan selanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BBerkaitan

Latest articles