Ab Rauf Dilantik Speaker DUN Melaka Terbaharu

Kekecohan Sidang DUN Melaka yang berlaku pagi tadi menyaksikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh secara rasmi dilantik sebagai Speaker yang baharu, berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Speaker DUN sebelum ini, Datuk Omar Jaafar yang dilaporkan enggan melepaskan jawatannya terpaksa akur dengan keputusan majoriti ahli Dewan.

baca :
CADANG TUKAR SPEAKER, SIDANG DUN MELAKA DITANGGUH

Nama Ab Rauf dicadangkan oleh ADUN Lendu yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali dan disokong oleh ADUN Asahan, Datuk Seri Abd Ghaffar Atan serta mendapat sokongan majoriti 16 daripada 17 ADUN Barisan Nasional (BN).

Tiada kehadiran mana-mana wakil ADUN pembangkang ketika pelantikan berkenaan dilakukan selepas persidangan sebelah pagi ditangguhkan setelah kekecohan pertukaran Speaker dibangkitkan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron.

BBerkaitan

Latest articles