KUALA LUMPUR: Dalam tempoh kurang dua bulan, pemimpin Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), Nik Nazmi Nik Ahmad, berdepan dua kehilangan besar apabila ibunya, Nik Rahimah Nik Mahmood, dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Pemergian Allahyarhamah dimaklumkan Pengasas Bersama BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli, menerusi satu hantaran di Facebook.
Rafizi turut merakamkan ucapan takziah kepada Nik Nazmi serta seluruh ahli keluarga, selain mendoakan agar mereka tabah menghadapi ujian berkenaan.
Beliau juga berharap roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Hantaran berkenaan disertakan poster takziah yang memaparkan foto Nik Nazmi bersama ahli keluarganya.
Terdahulu, Nik Nazmi turut kehilangan bapanya, Nik Ahmad Nik Hassan, yang meninggal dunia pada 14 Oktober lalu ketika berusia 96 tahun.
Allahyarham Nik Ahmad pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada 1978.










