SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim dilaporkan tidak sihat dan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Seremban.
Perkara itu disahkan anaknya, Naim Ismail, kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.
“Betul, (Ismail) tak sihat,” katanya ringkas.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Fasha Musthafa memaklumkan keadaan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh dilaporkan semakin pulih.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas keprihatinan terhadap keadaan kesihatan Menteri Besar itu.
Mohd Fasha juga meminta semua pihak mendoakan supaya Ismail segera sembuh serta dikurniakan kesihatan yang baik.










