Surat Palsu Kelulusan PFI Lebuhraya PLUS: PMO Buat Laporan Polis

​PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan sebarang kaitan dengan satu dokumen bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri telah diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuhraya PLUS.

​PMO dalam satu kenyataan pada Khamis menegaskan bahawa dokumen yang tular di media sosial itu adalah palsu.

​”Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat tersebut, dan Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa.

​”Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen palsu berkenaan,” menurut kenyataan itu.

​Mengulas lanjut, PMO memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat berhubung isu pemalsuan dokumen berkenaan.

​Tindakan itu diambil atas kesalahan penyalahgunaan nama Perdana Menteri serta identiti rasmi Pejabat Perdana Menteri.

​”Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles