​Pemberian Khas Interim Sabah, Sarawak Dinaikkan RM1.5 bilion – PM

​KUCHING: Kerajaan Persekutuan bersetuju meningkatkan kadar Pemberian Khas Interim di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi Sabah dan Sarawak kepada RM1.5 bilion masing-masing.

​Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai atas semangat setia kawan, persahabatan dan semangat Malaysia untuk menjaga kepentingan serta kebajikan rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.

​Menurut beliau, peningkatan peruntukan itu diluluskan sementara perundingan dan tuntutan berhubung perkara berkenaan terus dijalankan serta dimuktamadkan.

​”Untuk Sarawak, saya umumkan malam ini interim RM1.5 bilion. Itu rahsia persahabatan dan perundingan yang baik, tidak ada masalah yang tidak boleh dilerai dan diselesaikan,” katanya.

​Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Malaysia 2026 di Kuching, malam tadi.

​Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

BBerkaitan

Latest articles