​KUCHING: Kerajaan mengumumkan bantuan khas sekali beri (one-off) sebanyak RM500 bagi pembelian tiket penerbangan kepada setiap pelajar baharu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak bagi memulakan pengajian mereka.
​Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan menerusi kerjasama Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Pendidikan Tinggi itu merangkumi pelajar baharu di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti bagi sesi kemasukan September dan Oktober tahun ini.
​Beliau menjelaskan, inisiatif berkenaan diperkenalkan bagi merintangi cabaran laluan udara dan mengurangkan beban kewangan keluarga pelajar yang perlu merentas negeri atau wilayah.
​”Ini akan memberi manfaat kepada 7,095 pelajar yang perlu menggunakan penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk memulakan pengajian,” katanya.
​Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Malaysia 2026 di Kuching, malam tadi.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.










