Zakir Naik Tak Gentar Isu Ekstradisi, Dakwa India ‘Publisiti Murahan’

KUALA LUMPUR: Pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik tidak bimbang dengan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama wakil India mengenai dirinya, sambil menyifatkan laporan media negara itu sebagai spekulasi.

Menurut peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader, berdasarkan laporan media India, Anwar tidak memberikan sebarang komitmen berhubung kemungkinan ekstradisi Zakir ke India.

“Ini hanya spekulasi. Mereka (media India) pernah melakukannya sebelum ini apabila mendakwa Zakir sedang nazak akibat AIDS.

“Ini hanya publisiti murahan,” katanya memetik FMT.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan portal berita India, New Delhi Television (NDTV), yang memetik Anwar sebagai berkata isu Zakir dibincangkan secara tertutup ketika beliau berada di New Delhi bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS.

Anwar dilaporkan menegaskan bahawa sebarang kemungkinan tindakan terhadap permintaan India untuk mengekstradisi Zakir perlu dipertimbangkan dengan “amat berhati-hati” serta berlandaskan kedaulatan undang-undang.

Zakir dikehendaki pihak berkuasa India sejak 2016 berhubung dakwaan pengubahan wang haram dan menghasut ekstremisme menerusi ucapan kebencian.

Pendirian Anwar mengenai Zakir

Pada 2024, Anwar berkata kerajaan tidak akan mempertimbangkan ekstradisi Zakir ke India selagi pendakwah itu tidak menimbulkan masalah di Malaysia.

Perdana Menteri ketika itu turut menyatakan Zakir, yang melakukan perjalanan ke luar negara dan sesekali kembali ke Malaysia, tidak lagi aktif serta tidak mengeluarkan kenyataan yang menyentuh India atau Malaysia.

Bagaimanapun, Anwar turut membuka kemungkinan menilai permintaan ekstradisi India sekiranya New Delhi mengemukakan lebih banyak bukti berkaitan kes terhadap Zakir.

Mengulas perkara itu, Akberdin menegaskan anak guamnya hampir tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sepanjang berada di Malaysia.

BBerkaitan

Latest articles