​ DAP Mula Gelisah Lihat Melayu Bersatu – Mohd Zaidi

​KUALA LUMPUR: DAP didakwa mula berasa resah dan gelisah melihat sebarang usaha muafakat serta perpaduan dalam kalangan umat Melayu Islam di negara ini.

​Perwakilan UMNO Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Said menegaskan, parti berkenaan sedar sekiranya orang Melayu bersatu padu, kedudukan dan kuasa politik mereka akan terjejas.

​”Sebenarnya yang paling takut… tok-tok guru itu hanya alat sahaja tuan-tuan. Yang paling takut kepada apa yang dibuat oleh Presiden hari ini adalah DAP.

​”DAP mula rasa resah gelisah. Mereka tak boleh tengok bagaimana muafakat Melayu itu berlaku kerana apabila Melayu bersatu, nescaya mereka tidak akan berkuasa lagi dalam negara ini,” katanya.

​Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Sabtu.

​Mengulas lanjut, Mohd Zaidi mendakwa pelbagai taktik dan strategi digunakan oleh pihak luar serta agen tertentu bagi memecahbelahkan perpaduan kaum majoriti itu.

​Beliau turut mengingatkan para perwakilan agar berhati-hati dengan sebarang bentuk provokasi yang cuba melaga-lagakan pemimpin serta umat Islam, sama ada daripada UMNO mahupun Pas.

​”Percayalah tuan-tuan dan puan-puan, mereka datang lagi bukan untuk menumbangkan kerajaan ini, tetapi datang untuk memecahbelahkan kesatuan Melayu Islam ini. Jadi kita kena berhati-hati.

​”Bukan mustahil apabila nanti ada pemimpin-pemimpin Melayu Islam sendiri… tak kiralah daripada Pas atau UMNO yang tidak suka melihat kepada permuafakatan ini kerana akan datang manusia-manusia yang tidak mahu melihat kita bersatu kerana mereka ingin terus berkuasa,” katanya.

​Tambah beliau, semakin lama umat Melayu menangguhkan usaha perpaduan, semakin kuat tekanan dan asakan yang diterima untuk memecahbelahkan mereka kembali.

BBerkaitan

Latest articles