Jangan Guna Label ‘Kuil Haram’, Hati Masyarakat Hindu Terusik – DHPP

KOTA BHARU: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) menggesa kerajaan agar menangani isu status tanah dan tempat ibadat bukan Islam dengan lebih adil serta berhemah tanpa menggunakan label yang boleh menguris perasaan sesuatu kaum.

​Ketua DHPP Pusat, Kumaresan Baby Kalidawson berkata, masyarakat India terutamanya penganut agama Hindu tidak selesa dan kurang senang apabila rumah ibadat mereka sewenang-wenangnya dilabel sebagai ‘kuil haram’.

​”Saya ingin menegaskan bahawa masyarakat India tidak selesa dan tidak suka apabila rumah ibadat mereka dilabel sebagai kuil haram.

​”Sekiranya terdapat masalah daripada segi geran tanah, kelulusan perancangan atau undang-undang, perkara ini perlu diselesaikan melalui proses yang adil dan berhemah,” katanya.

​Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini pada Sabtu.

​Mengulas lanjut, Kumaresan menyeru pihak kerajaan supaya mencari penyelesaian yang lebih menyeluruh serta sistematik bagi membendung isu tempat ibadat yang berdepan masalah status tanah.

​Malah, beliau turut mencadangkan agar pendekatan serta kaedah yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Kedah dijadikan sebagai contoh ikutan dalam menyelesaikan masalah berkaitan rumah ibadat secara harmoni.

​Selain isu rumah ibadat, Kumaresan dalam ucapan perbahasannya turut membawa beberapa suara dan aspirasi masyarakat bukan Islam di negara ini merangkumi isu kewarganegaraan, pemilikan Kad Pengenalan (MyKad) biru, serta kesaksamaan peluang pekerjaan buat graduan bukan Islam dalam sektor awam dan badan berkanun.

BBerkaitan

Latest articles