Tangkapan Terbaru RCI TH: Siapa Bekas Menteri Yang Bakal Direman Esok?

KUALA LUMPUR: Seorang bekas menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung siasatan kes yang melibatkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH), khususnya berkaitan isu pajakan hotel di Arab Saudi.

Individu berkenaan dipercayai ditahan kira-kira jam 4.30 petang tadi bagi membantu siasatan lanjut pihak berkuasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, mengesahkan penahanan suspek dan memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“Beliau akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi esok,” jelasnya menerusi platform rasmi di TikTok SPRM, hari ini.

Tangkapan terbaru ini menyusuli siri siasatan berterusan ekoran pendedahan Laporan RCI TH yang turut melibatkan penahanan beberapa individu kenamaan lain sebelum ini.

BBerkaitan

Latest articles