JAKIM Akan Panggil Individu Dikaitkan Miss Equality World 2026 Di Thailand

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil seorang individu yang dikaitkan dengan penyertaan dalam pertandingan Miss Equality World 2026 di Thailand, susulan video mengenainya yang tular di media sosial.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata tindakan berkenaan akan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Menurut beliau, JAKIM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri serta agensi berkaitan bagi mendapatkan keterangan daripada individu terbabit.

“JAKIM memandang serius perkara ini kerana pembabitan berkenaan bukan sahaja amat mendukacitakan, malah turut menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sirajuddin berkata, perbuatan yang didakwa mempunyai unsur perlakuan songsang itu bertentangan dengan nilai agama dan fitrah manusia, selain tidak selari dengan perundangan negara.

Katanya, JAKIM bersama pihak berkuasa agama negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang dilihat cuba menormalisasikan perlakuan berkenaan dalam masyarakat.

Isu itu menjadi perhatian selepas video yang dimuat naik di TikTok tular, memaparkan seorang individu dipercayai lelaki mengenakan pakaian wanita ketika menyertai pertandingan Miss Equality World 2026 di Thailand.

Rakaman berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi dan kecaman daripada pengguna media sosial.

BBerkaitan

Latest articles