KUALA LUMPUR: AmLife International berjaya mencatat rekod penyertaan yang diiktiraf Malaysia Book of Records menerusi DeepZleep Challenge selepas seramai 817 peserta melengkapkan sesi pengalaman DeepZleep selama 20 minit di 1 Utama, Ground Floor, Centre Court.
Pencapaian tersebut direkodkan di bawah kategori rasmi:
“MOST PARTICIPANTS IN A SLEEP WELLNESS RECOVERY TECHNOLOGY EXPERIENCE SESSION”
DeepZleep Challenge dianjurkan untuk membawa konsep pemulihan melalui tidur lebih dekat kepada masyarakat menerusi pengalaman yang boleh dilalui sendiri, bukan sekadar disampaikan sebagai mesej kesedaran.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AmLife International, Lew Mun Yee, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat dalam menerajui kesedaran mengenai kesejahteraan tidur.
“DeepZleep Challenge bukan semata-mata tentang jumlah peserta atau mencipta rekod.
“Ia mencerminkan komitmen AmLife untuk mengubah cara masyarakat memahami tidur, daripada sekadar waktu untuk berehat kepada satu proses pemulihan yang penting untuk kehidupan yang lebih sihat dan seimbang,” katanya.
Menurut Naib Presiden Pembangunan Perniagaan AmLife International, Edward Yong, gaya hidup moden yang semakin sibuk menyebabkan ramai individu sukar mendapatkan tidur yang selesa dan rehat berkualiti.
“Dalam kehidupan moden yang serba pantas, ramai individu sukar mendapatkan tidur yang selesa dan rehat yang berkualiti. Keadaan ini boleh menjejaskan tahap tenaga, tumpuan, produktiviti dan kesejahteraan mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
“AmLife percaya bahawa tidur berkualiti merupakan salah satu asas penting kepada
kesejahteraan fizikal dan mental. Sehubungan itu, DeepZleep dibangunkan sebagai sebahagian daripada ekosistem kesejahteraan tidur AmLife,” katanya.
Tambahnya, DeepZleep menggabungkan teknologi potensi elektrik, keselesaan terma dan frekuensi bunyi dalam satu pengalaman kesejahteraan tidur bersepadu yang direka untuk mewujudkan persekitaran yang lebih menyokong untuk berehat.
Menurut Ketua Pemasaran AmLife International, Arthur Ang, idea DeepZleep Challenge tercetus daripada hasrat untuk menjadikan konsep pemulihan melalui tidur lebih nyata dan mudah difahami oleh masyarakat.
“Idea kami adalah untuk menghimpunkan lebih 500 orang dalam satu hari dan memberi mereka peluang merasai sendiri gambaran awal tentang pemulihan melalui tidur.
“Daripada sekadar menyampaikan mesej bahawa tidur itu penting, kami mahu mengubahnya menjadi satu pengalaman sebenar yang boleh dirasai dan difahami sendiri oleh masyarakat,” katanya.
Setiap peserta dikira telah melengkapkan DeepZleep Challenge setelah menjalani sesi pengalaman DeepZleep selama 20 minit.
Saringan kesejahteraan turut dijalankan sebagai penilaian awal untuk memberikan gambaran umum mengenai keadaan tubuh dan kualiti tidur peserta.
AmLife menjelaskan bahawa pengalaman selama 20 minit itu tidak bertujuan menggantikan keperluan mendapatkan tidur malam yang mencukupi.
Sebaliknya, ia memberikan gambaran awal tentang kepentingan menyediakan masa dan persekitaran yang lebih terarah untuk berehat.
Jumlah 817 peserta yang melengkapkan cabaran tersebut melepasi sasaran awal lebih 500 peserta.
Acara berkenaan turut disertai oleh Dr Say Shazril, Eyra Hazali dan Fahrin Ahmad, yang
membantu membawa mesej mengenai kepentingan rehat dan pemulihan lebih dekat kepada masyarakat daripada pelbagai latar belakang.
Menurut AmLife International, pencapaian itu selaras dengan komitmen syarikat untuk terus memperluaskan kesedaran mengenai kesejahteraan tidur melalui pendidikan pengguna, pengalaman awam dan teknologi yang menyokong persekitaran rehat yang lebih
baik.
Melalui DeepZleep Challenge, AmLife berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan melihat tidur sebagai sebahagian penting daripada usaha menjaga kesejahteraan dan menjalani kehidupan yang lebih seimbang.










