KUANTAN: Seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dikenakan tindakan tegas apabila dibuang universiti selepas didapati bersalah mencemarkan al-Quran dan memuat naik kandungan jelik di media sosial.
Naib Canselor, Yatimah Alia memaklumkan keputusan itu dibuat Jawatankuasa Tatatertib Pelajar yang bersidang pada 9 Mac lalu, selaras dengan peruntukan Kaedah 58 Tatatertib Pelajar 2024.
Menurutnya, UMPSA tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan menyentuh sensitiviti agama dan isu 3R yang boleh mencetuskan ketegangan serta menggugat keharmonian negara.
Terdahulu, pelajar lelaki berusia 21 tahun itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan berkaitan insiden berkenaan yang berlaku bulan lalu.










