Agong Tegas Soal Pendidikan: ‘Tak Terima Bahasa Melayu, Jangan Tinggal Di Malaysia’

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan sistem pendidikan negara mesti terus diperkukuh kerana ia menjadi tunjang utama pembinaan jati diri bangsa, perpaduan rakyat serta masa depan Malaysia.

Baginda bertitah, sebarang usaha memperkenalkan model atau sistem pendidikan baharu perlu berpaksikan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan tidak boleh menyimpang daripada kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menurut Sultan Ibrahim, walau apa pun bentuk pembaharuan yang dicadangkan, bahasa Melayu dan sejarah Malaysia wajib dijadikan elemen teras dalam silibus pembelajaran kerana kedua-duanya membentuk identiti dan semangat kenegaraan.

“Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan sejarah negara adalah asas kepada pembentukan identiti serta perpaduan rakyat,” titah baginda.

Sehubungan itu, baginda menegaskan semua pihak perlu menerima hakikat bahawa bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang dijamin Perlembagaan dan tidak boleh dipertikaikan.

“Kalau ada yang tidak menerima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia,” titah baginda dengan nada tegas.

BBerkaitan

Latest articles