SPRM Sambung Rakam Keterangan Pegawai Kanan Tentera

Putrajaya: Seorang pegawai kanan tentera dipanggil sekali lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk rakam keterangan berhubung siasatan dakwaan salah guna dana yang dikhususkan untuk pembelian senjata.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pegawai berkenaan dibenarkan meninggalkan ibu pejabat SPRM pada tengah malam selepas lebih 12 jam disoal siasat.

“Beliau dijangka dipanggil semula pagi ini untuk meneruskan rakaman keterangan,” katanya kepada pemberita.

Menurut Azam, siasatan bermula selepas pegawai tersebut hadir untuk disoal siasat pada jam 11 pagi semalam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Pegawai berusia lingkungan 50-an itu disyaki terlibat dalam penyelewengan dana pembelian senjata tentera.

Siasatan SPRM sebelum ini mendedahkan wujudnya kartel perolehan dalam Angkatan Tentera Malaysia, yang membawa kepada penahanan bekas Panglima Tentera Darat, Hafizuddeain Jantan, beserta dua isterinya.

Selain itu, SPRM turut menyiasat pemilik 26 syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kontrak perolehan tentera yang melibatkan pegawai kanan terbabit.

Beberapa syarikat dilaporkan berulang kali memperoleh kontrak bernilai tinggi sejak 2023, dipercayai melalui pemberian rasuah.

SPRM menegaskan siasatan ini dijalankan secara menyeluruh bagi memastikan integriti dan ketelusan dalam proses perolehan ketenteraan, sambil memberi amaran bahawa sebarang bentuk rasuah atau penyelewengan akan diambil tindakan tegas.

BBerkaitan

Latest articles