KUALA LUMPUR: Kesemua sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition & Thousand Madleens to Gaza (FFCxTMG) selamat berada di Istanbul, Türkiye.
Perkembangan itu dikongsi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, menerusi satu hantaran di media sosial.
Menurut beliau, kesemua aktivis akan berlepas pulang menaiki pesawat Turkish Airlines TK60 pada Ahad, jam 1.40 pagi (waktu Istanbul) dan dijangka tiba di KLIA pada jam 5.05 petang.
Mohamad turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan sukarelawan Malaysia selepas mereka tiba di Türkiye.
SENARAI 9 DELEGASI MALAYSIA:
1. Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali
2. Dr Fauziah Mohd Hassan
3. Dr Hafiz Sulaiman
4. Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi
5. Dr Mohd Afandi Salleh
6. Dr Noorhasyimah Ismail
7. Dr Maziah Muhammad
8. Norsham Abu Bakar
9. Syafik Shukri Abdul Jalil (Wartawan Astro Awani)
Kesemua mereka merupakan sebahagian daripada ratusan aktivis antarabangsa yang menyertai misi flotilla untuk membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sebelum kapal mereka dipintas dan ditahan oleh tentera Israel.