Pannir Dihukum Mati

SINGAPURA: Rakyat Malaysia, P Pannir Selvam, 38, telah menjalani hukuman mati di Singapura hari ini selepas disabitkan kesalahan menyeludup 51.84 gram diamorfin ke republik itu pada tahun 2014.

Pannir merupakan rakyat Malaysia kedua dalam tempoh dua minggu yang dihukum mati atas kesalahan dadah di negara tersebut, selepas K Datchinamurthy, 39, dikenakan hukuman sama pada 25 September lalu.

Menurut laporan, Mahkamah Tinggi Singapura pada 27 Jun 2017 mendapati Pannir bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis diamorfin di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 3 September 2014, dan menjatuhkan hukuman mati mandatori terhadapnya.

Rayuannya ke Mahkamah Rayuan ditolak pada 9 Februari 2018, manakala petisyen pengampunan kepada Presiden Singapura turut tidak diterima.

Pada 6 September lalu, Mahkamah Rayuan sekali lagi menolak permohonan Pannir untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman mati sementara menunggu keputusan prosiding tatatertib terhadap bekas peguamnya yang difailkan melalui Persatuan Undang-undang Singapura (Law Society of Singapore).

Sementara itu, difahamkan dua lagi rakyat Malaysia; S Saminathan dan R Lingkesvaran masih berada dalam senarai banduan akhir di Singapura selepas turut disabitkan kesalahan berkaitan dadah di bawah undang-undang ketat republik itu.

BBerkaitan

Latest articles