Mat Sabu Dirawat di IJN, Dinasihatkan Berehat Akibat Keletihan

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, kini sedang menjalani rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dinasihatkan oleh pasukan perubatan untuk berehat.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad menunjukkan tanda-tanda keletihan dan sedang diberi pemantauan serta rawatan sewajarnya oleh pakar perubatan IJN.

“Keadaan beliau stabil. Buat masa ini, menteri tidak dapat menerima tetamu bagi membolehkan beliau mendapatkan rehat yang mencukupi,” kata kenyataan itu.

Pejabat Menteri turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan serta kesejahteraan Mohamad, yang lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu.

BBerkaitan

Latest articles