Anwar Pergiat Usaha Bebaskan Aktivis Malaysia, Keluarga Diminta Terus Tabah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi jaminan bahawa kerajaan sedang menggunakan semua saluran termasuk diplomasi antarabangsa bagi memastikan sukarelawan dan aktivis Malaysia, ASEAN serta antarabangsa yang menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF) dibebaskan segera.

Menurut Anwar, perkembangan berkaitan proses pembebasan itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada keluarga serta rakyat Malaysia.

“Kepada ahli keluarga semua aktivis dan sukarelawan, semoga terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik mencabar ini.
Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar semua tahanan, khususnya warga Malaysia, berada dalam keadaan selamat dan terpelihara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Perdana Menteri turut berkongsi video perbualan bersama Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, yang memberikan laporan terkini mengenai misi berkenaan.

Secara keseluruhan, 10 kapal dalam konvoi GSF membawa 23 rakyat Malaysia menuju ke Gaza.

Sehingga jam 7.50 pagi tadi (waktu Malaysia), 12 rakyat Malaysia disahkan ditahan tentera Israel selepas kapal mereka dipintas ketika memasuki Zon Merah R3, kira-kira 100 batu nautika dari perairan Gaza.

BBerkaitan

Latest articles