Kerajaan Akan Pastikan Keluarga Aktivis Sentiasa Dimaklumkan kepada Perkembangan — Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan memastikan keluarga aktivis Malaysia yang kini berada di luar negara dalam misi kemanusiaan sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan terkini mereka.

Anwar berkata kerajaan memahami kebimbangan keluarga yang mahu mengetahui situasi ahli keluarga masing-masing dan akan memastikan maklumat disalurkan secara tepat serta berterusan.

“Kerajaan komited untuk memastikan keselamatan semua aktivis kita dan keluarga mereka berhak dimaklumkan dengan maklumat yang sahih. Kita akan gunakan saluran rasmi bagi memastikan komunikasi berjalan lancar dan tidak menimbulkan kegusaran,” katanya dalam satu hantaran melalui laman facebooknya hari ini.

Sementara itu, Kerajaan juga kini sedang memanfaatkan segala saluran diplomatik yang sedia kuat di peringkat Antarabangsa untuk membebaskan aktiviti dan sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam misi global sumud itu

Ketua Pengarah Pusat Komunikasi dan Kawalan Kapal (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri sendiri yang menghubunginya pada jam 9.38 pagi tadi.

Katanya, pada masa sama, sejak awal pagi. pihak SNCC turut dihubungi Wisma Putra, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Komunikasi, Timbalan Perdana Menteri serta Pejabat Perdana Menteri bagi mengikuti perkembangan secara langsung misi itu.

“Perdana Menteri memberi komitmen sebagai penaung utama misi Sumud Nusantara ini. Beliau sendiri memaklumkan akan melihat secara ‘one to one’ untuk misi ini.

“Perdana Menteri juga menyatakan akan membuat panggilan kepada rakan sejawatnya, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Presiden Mesir Fatah, Al-Sisi, begitu juga dengan Arab Saudi.

“Kita mohon untuk Perdana Menteri dapat mewakili suara kita dan melaksanakan apa yang sangat kita terhad untuk lakukan iaitu laluan diplomatik dan juga laluan hubungan erat antara Malaysia dan juga negara-negara besar termasuk daripada United Kingdom, Sepanyol dan sebagainya untuk dapat kita berunding (supaya) semua delegasi kita dibebaskan segera ,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Beliau berkata, komitmen itu menjadi bukti jelas bahawa misi ini mendapat perhatian langsung daripada pemimpin nombor satu negara.

“Itu memberi gambaran yang sangat menenangkan bahawa misi ini (kita) tidak keseorangan. Bukan saja kita ada rakyat Malaysia yang mendoakan, tetapi juga sokongan dan komitmen seluruh jentera kerajaan, kementerian serta pemimpin nombor satu negara sebagai penaung kita yang akan bersama dalam proses untuk membawa keluar, negosiasi dan sebaganya,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles