Remaja 14 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 21 Pangsapuri

GEORGETOWN: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah pangsapuri di Paya Terubong, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, mangsa ditemui terbaring di tingkat enam bangunan berkenaan yang menempatkan deretan gerai penjaja.

Kehadirannya di pangsapuri tersebut difahamkan untuk melawat rumah saudaranya.

Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan remaja itu telah meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah di lokasi kejadian mahupun pada tubuh mangsa.

“Polis menerima panggilan kecemasan pada jam 8.06 malam. Mangsa adalah remaja tempatan dan hasil pemeriksaan awal mendapati kes ini diklasifikasi sebagai mati mengejut. Bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kejadian tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan gangguan terhadap siasatan.

BBerkaitan

Latest articles