Isu Buku Calon Peperiksaan Mengandungi Wajah MB Pahang? Ini Jawapan Setiausaha Politik MB

Kuala Lumpur – Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Mohd Farid Mohd Nor melahirkan rasa Kecewa dan mengucap panjang selepas melihat komen yang dibuat oleh pimpinan Pemuda Pas Pahang ke atas laman facebook Menteri Besar Pahang berkaitan pembahagian buku rujukan peperiksaan yang dibuat baru-baru ini.

Menurut beliau, Kehadiran Menteri Besar, Datuk Wan Rosy Wan Ismail pada majlis penyerahan buku berkenaan bukanlah sesuatu yang dirancang.

“ Selepas merasmikan satu program yang dihadiri Tengku Ampuan, beliau dalam perjalanan pulang ke Kuantan sebelum dimaklumkan mengenai majlis pemberian buku tersebut. Atas rasa tanggungjawab, beliau singgah untuk menyampaikan sumbangan.

“Selain buku, YAB MB turut menghulurkan sedikit sumbangan peribadi kepada anak-anak ini , pesannya suruh beli aiskrim,” katanya dalam satu hantaran di laman facebooknya itu.

Di dalam hantarannya itu, Farid turut menjelaskan bahawa buku tersebut diterbitkan dan diedarkan secara percuma kepada semua calon peperiksaan utama di negeri Pahang. Calon SPM menerima lapan naskhah, manakala calon STPM dan STAM masing-masing menerima empat naskhah.

Namun, penampilan gambar Menteri Besar pada buku berkenaan menjadi bahan kritikan pihak pembangkang.

Tambah beliau lagi, setiap kerajaan negeri mempunyai ruang untuk membantu rakyat dengan cara tersendiri.

“PAS dan PN mempunyai empat negeri yang ditadbir. Jika mereka merasakan perlu, buatlah buku sama di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis, dan terpulang sama ada mahu letak gambar Menteri Besar atau tidak.

“Jika tidak mahu letak gambar, memadai dengan menulis sumbangan daripada kerajaan negeri. Di Pahang, apa yang kami fikirkan hanyalah bagaimana kerajaan negeri boleh membantu pendidikan anak-anak,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles