Guru Mengaku Tak Salah Sebar Maklumat Palsu Kematian Zara Qairina

SEPANG: Seorang guru mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebarkan maklumat palsu mengenai kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Pertuduhan ke atas guru terbabit, Siti Hajar Aflah Sharudin yang juga pemilik akaun TikTok ‘SHA_Abrienda’ itu dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Pihak pendakwaan diwakili, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal.

Berdasarkan pertuduhan tertuduh didakwa pada 6 Ogos 2025 pada jam lebih kurang 1.20 petang telah membuat kenyataan di akaun tik tok miliknya “SHA_Abrienda” yang mana kenyataan tersebut telah dilihat dan didengar oleh Wong Yew Zhung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terminal 2 dalam Daerah Sepang, Selangor yang mungkin menimbulkan kegentaran awam yang boleh mendorong mana mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam dan dengan itu dituduh mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Pihak pendakwaan kemudian meminta mahkamah mengena jaminan sebanyak RM10,000 tetapi dibantah oleh Peguam, Mohamad Zaiful Bahrain Kamde.

Zaiful memberi alasan bahawa tertuduh adalah seorang ibu tunggal dengan pendapatan sebagai seorang guru sebanyak RM5,000 sebulan.

Tertuduh juga mempunyai lima tanggungan iaitu 3 orang anak dan dua ibu bapanya.

Majistret, Khairatul Animah Jelani kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 9 Oktober ini sebagai tarikh sebutan kes.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, tertuduh didakwa menyebarkan maklumat tidak sahih berkenaan kematian Zara Qairina akibat dimasukkan ke dalam mesin basuh oleh pemilik.

Kenyataan itu tidak mendapat pengesahan dari pihak polis dan pihak pihak yang berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles