Kes Serangan Anak Rafizi Kini Diambil Alih JSJ Bukit Aman

Kuala Lumpur: Siasatan berhubung serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, kini dipindahkan ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi memastikan siasatan lebih menyeluruh dan berpusat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, langkah itu diambil bagi mempercepat pengumpulan bukti serta memastikan keadilan ditegakkan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. Kerjasama masyarakat amat penting demi memastikan proses siasatan berjalan telus dan lancar,” katanya dipetik laporan Berita Harian.

Semalam, pihak polis mendedahkan telah menemui beberapa petunjuk positif hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Setakat ini, keterangan enam individu telah dirakam bagi membantu siasatan.

Insiden berprofil tinggi itu berlaku pada Rabu lalu apabila anak Rafizi berusia 12 tahun didakwa diheret seorang lelaki sebelum dicucuk dengan jarum suntikan ketika mahu memasuki kereta.

Rafizi dalam kenyataannya tidak menolak kemungkinan kejadian itu mempunyai kaitan dengan pertemuannya bersama sekumpulan pendedah maklumat berhubung sebuah skandal sebelum ini, sekali gus mencetuskan spekulasi ia mungkin bermotifkan cubaan menutup mulut.

BBerkaitan

Latest articles