Dua Budak Lelaki Lemas Jatuh Parit

SHAH ALAM: Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Jalan Cili Merah, Seksyen 24, petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 7.19 malam sebelum tiba di lokasi lima minit kemudian.

Beliau berkata ketika tiba di lokasi kedua-dua kanak-kanak lelaki berusia 12 dan sembilan tahun itu berjaya ditemui dan didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Ahmad Mukhlis berkata operasi yang ditamatkan pada 8.08 malam melibatkan enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Shah Alam. – BERNAMA

BBerkaitan

Latest articles